Bazar Ramadan jual nasi kerabu lauk daging ‘berulat’

Bazar Ramadan jual nasi kerabu lauk daging ‘berulat’. Niat seorang gadis untuk berbuka puasa dengan nasi kerabu berlauk daging dicemari insiden meloyakan apabila daging yang ada di dalam nasi itu dipenuhi dengan ulat.

Melalui perkongsian pengguna TikTok yang menggunakan gelaran _Naleya menjelasnya, ketika kejadian, dia sedang menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa di rumahnya.

Mangsa bagaimanapun memilih untuk merahsiakan lokasi kedai nasi kerabu yang dibelinya terbabit.

Menerusi paparan video klip yang berdurasi 18 saat itu menunjukkan beberapa ekor ulat telah mencemari lauk daging nasi kerabu tersebut.

@_naleya_

𝙷𝚊𝚝𝚒𝟸 𝚕𝚊 𝚔𝚊𝚕𝚊𝚞 𝚖𝚎𝚖𝚋𝚎𝚕𝚒.. 𝙰𝚖𝚋𝚒𝚔 𝚕𝚊 𝚖𝚊𝚜𝚊 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚋𝚎𝚕𝚎𝚔𝟸 𝚜𝚒𝚔𝚒𝚝 𝚖𝚔𝚗𝚗 𝚝𝚞 🤢 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚙𝚎𝚗𝚒𝚊𝚐𝚊 𝚔𝚕𝚞 𝚋𝚛𝚐 𝚕𝚊𝚖𝚊 𝚓𝚐𝚗 𝚕𝚊 𝚗𝚊𝚢𝚊 𝚙𝚎𝚕𝚊𝚗𝚐𝚐𝚊𝚗 🥺 𝙳𝚊 𝚕𝚊 𝚙𝚞𝚊𝚜𝚊 𝚕𝚊𝚙𝚊𝚛 𝚙𝚞𝚕𝚊𝚔..🥲 𝚔𝚝 𝚖𝚊𝚗𝚎? 𝙱𝚒𝚊𝚕𝚊𝚑 𝚁𝙰𝙷𝚂𝙸𝙰… #bulanramadhan #nasikerabu #babyulat #fyp

♬ Oh No – Kreepa

Video tersebut menjadi tular dan telah menerima pelbagai komen dan reaksi dari pengguna media sosial.

“Terus jadi kembang tekak nak makan benda lain kalau macam ni,” @komen Wandol21

“Allahu, sabar ini dugaan bulan puasa, semoga Allah gantikan pahala ke atas kesabaran kakak,” ujar @Dollah Kepam

“Aku kadang-kadang dapat memang terus makan, jenis rabun yang teruk, tahu-tahu esoknya cirit,” kata @Haneem di TikTok.

BACA:

ePemula : ShopeePay tawar baucer tambahan RM500, ini cara daftar

Selalu tunjuk duit banyak di youtube, sekali LHDN datang komen, nak ‘terberak’ baca..

Menitis air mata Abang kepada Yasin bila teringat apa yang Yasin sebut padanya

COMMENTS

Wordpress (0)