[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Klu yang astro beri sahkan disebalik Burung Hantu itu Hanna Delisha hanna aqeela hanna hanna lau gabbie hanna hannah delisha mia delisha hannah delisha kahwin hana delisha ibu hannah delisha [/bg_collapse]
Sambil mendengar nyayian namun diselangi persoalan siapakah di sebalik maskot, itulah keseronokan yang cuba dibawa menerusi rancangan ‘The Masked Singer Malaysia‘. Sama seperti minggu lalu, malam tadi si Burung Hantu yang dipercayai Hannah Delisha sekali lagi membuatkan ramai tergamam baik penonton mahupun juri di studio siaran langsung.
Terharu & sebak tengok persembahan burung hantu.
View this post on Instagram
Menyanyikan lagu popular Ella Aminuddin berjudul ‘Standing In The Eyes Of The World‘ yang sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia, vokal Burung Hantu tampak lebih mentap lagi-lagi di bahagian tarikan suara tinggi. Teknik pernafasan serta sebutan setiap lirik yang persis ketika mendengar Hannah Delisha bercakap semakin menguatkan lagi tekaan ramai.
Meremang teruk bahagian Ella nyanyi
Tidak cukup di situ, Ella yang kemudiannya menyanyikan sedikit lagu berkenaan di meja juri sekali lagi membuatkan suasana rancangan realiti nyanyian tersebut bertukar mengharukan. Tambahan pula dengan adanya atlet yang teguh membawa Jalur Gemilang, semangat patriotik tiba-tiba seakan meresap sekali gus membuatkan penonton sama-sama bangun.
Clue sangat tepat, setahun rahsiakan perkahwinan…1800 nombor polis Singapura
Meskipun belum lagi terdedah siapakah sebenarnya individu yang memakai maskot Burung Hantu, namun netizen yakin 100% ia adalah Hannah Delisha. Apalagi selepas ‘menganalisis’ segala petunjuk yang diberikan di mana ia sudah terang lagi bersuluh menjurus kepada pelakon cantik tersebut.
Tonton:
Berita Lain:
Makin singkat, netizen perasan sesuatu pada dada Hannah Delisha
Pakar jelas sebab mengapa suhu Malaysia sejuk kebelakangan ini
Penolakkan “bipartisan”, itu hujah seorang pemerhati politik