Canggih!!! iPhone13 bakal benarkan pengguna ‘Call’ walaupun tiada ‘Line’

Canggih!!! iPhone13 bakal benarkan pengguna ‘Call’ walaupun tiada ‘Line’

Secanggih mana pun telefon pintar yang kita miliki, tiada guna kalau kehilangan rangkaian selular atau lebih dikenali dalam masyarakat “tak ada line”.

Terbaru, iPhone 13 dikatakan bakal menampilkan sokongan rangkaian satelit Low Earth Orbit (LEO) yang mana ia merupakan orbit satelit dengan ketinggian paling rendah dengan bumi.

Fungsinya adalah ia membenarkan pengguna iPhone 13 dapat menggunakan komunikasi satelit walaupun mereka berada di kawasan yang tiada liputan untuk membuat panggilan telefon.

BACA JUGA : Gunung Jerai dilanda kepala air sekali lagi

Menurut, Ming-Chi Kuo, Apple memanfaatkan teknologi cip Qualcomm X60 yang khusus dan jika benar, barisan iPhone ini akan menjadi telefon komersial pertama menggunakannya. Tambahnya, jenama lain mungkin akan mengikut jejak langkah ini bermula tahun hadapan.

Buat pengetahuan, rangkaian satelit LEO digunakan internet satelit dari Elon Musk, iaitu Starlink. Walau bagaimanapun, mungkin ini adalah sebahagian perancangan masa hadapan Apple dan tidak dapat lagi dilihat dalam masa terdekat.

Sumber : https://wiser.my/mungkin-iphone-13-boleh-buat-panggilan-walaupun-tiada-line?

COMMENTS