Gunung Jerai dilanda kepala air sekali lagi

Gunung Jerai dilanda kepala air sekali lagi

Kejadian fenomena kepala air berlaku sekali lagi di Titi Hayun di kaki Gunung Jerai di sini, hari ini.

Kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi selepas hujan lebat selama beberapa jam di bahagian hulu menyebabkan air melimpah ke atas jalan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, bagaimanapun kejadian pagi tadi tidak seteruk tragedi 18 Ogos lalu yang mengorbankan enam nyawa.

BACA JUGA : Atlet bina badan kantoi ‘curangi’ isterinya dengan bekas abu rokok

Beliau berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak dihantar ke kawasan kejadian untuk melakukan pemantauan.

“Air telah surut pada jam 2 petang dan keadaan di sekitar Titi Hayun setakat ini terkawal.

“Kita juga telah mengeluarkan amaran kepada penduduk kampung sekitar pusat peranginan itu supaya berhati-hati,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kejadian kepala air dan banjir lumpur pada 18 Ogos lalu, telah mengakibatkan beberapa kawasan di kaki Gunung Jerai termasuk Titi Hayun, Tupah, Seri Perigi dan Batu Hampar dilanda banjir lumpur dan tanah runtuh.

Kejadian itu mengorbankan enam mangsa manakala seorang lagi terselamat.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/titi-hayun-di-kaki-gunung-jerai-dilanda-kepala-air-sekali-lagi-317457

COMMENTS