Disebalik gambar ‘ayah’ peluk anak, ini kisah sedih penguatkuasa KPDNHEP. Setelah tersebar satu video yang meruntun jiwa semalam , ada satu kisah yang amat sayu di sebaliknya.
Video yang memaparkan seorang warga emas berlari berkaki ayam mendapatkan anak buahnya yang juga merupakan seorang penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang rebah sewaktu perbarisan .
Menerusi laman sosial Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan bahawa penguatkuasa yang rebah itu merupakan anak angkatnya.
Ujar Dr Asyraf, Nik Mohd Adhar merupakan anak yatim piatu dan sudah lama dibesarkan oleh bapa saudaranya iaitu Abdul Aziz Ya’acob.
Pemuda berasal dari Tumpat, Kelantan itu turut memberitahu dia kehilangan ibu ketika usianya tiga bulan manakala, ayahnya meninggal sewaktu usianya 7 tahun.
Sejak dari itu, bapa saudaranya menggalas tanggungjawab sebagai ayah untuk membesarkannya.
Menurut ceritanya lagi, sebenarnya semasa abah datang melulu tu, itu kali kedua saya rebah. Kali pertama saya masih boleh bangun dan kedua, abah datang.
BACA:
Ingatkan melayu rupanya dari Amerika, gigih basuh karpet dan potong rumput
Civic Type-R baharu kini didedahkan, nampak garang
Saari Amri kongsi pengalaman pernah tadah tangan di Chow Kit demi sesuap nasi