Saari Amri kongsi pengalaman pernah tadah tangan di Chow Kit demi sesuap nasi. Siapa tidak kenal dengan komposer terkenal Saari Amri yang cukup merendah diri Lagu-lagu ciptaannya bukan sahaja memukau dan menyentap perasaan malah mencengkam hingga ke lubuk jiwa. Sentuhannya berbisa sehingga meninggalkan kesan mendalam buat pendengar.
Beliau menceritakan pernah dibelenggu kemiskinan sehingga tidak mampu menyambung pelajaran ke sekolah menengah, namun jiwa dan semangatnya kental.
Dia tidak pernah kenal erti putus asa. Niat dihatinya hanya ingin mengubah nasib diri dan keluarga tercinta.
Bersama Khabar Legenda, komposer dan penerbit terkenal satu dalam sejuta anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan, Saari Jusoh, 55 berkongsi kisah suka dan duka perjalanan seninya dari awal pembabitan sehinggalah hari ini.
“Selepas ibu dan bapa berpisah, saya dibesarkan oleh nenek.
Hidup ketika itu memang daif, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Sebaik tamat darjah enam saya ambil keputusan untuk berhenti sekolah.
Fikir saya, tidak guna lagi sambung belajar kerana rakan-rakan sering pandang rendah dan sis1hkan saya, maklumlah saya orang miskin.
“Ketika itu rindu saya pada ibu tidak mampu dibendung lagi. Sejak ibu dan ayah berpisah saya langsung tidak dengar sebarang khabar berita darinya.
Saya ambil keputusan untuk mencari ibu. Dua kali rancangan saya gagal kerana ayah tahu. Tervk saya kena bel4sah,” katanya membuka perbualan.
Niat bertemu ibunya termakbul. Tidak sekadar melepas rindu, malah dia terus meniti hari-harinya bersama insan tercinta. Walau serba kekurangan, namun cukup membahagiakan.
Mencecah usia 15 tahun, dia dan ibunya kembali ke kampung halaman.
Lulusan darjah enam, tiada sebarang kerjaya yang layak buatnya. Lantas dia mengambil upah sebagai penoreh getah dan memanjat pokok kelapa dengan upah RM1.
Walaupun ganjarannya tidak seberapa, tetapi lebih baik daripada meminta.
“Saya ke Singapura bekerja sebagai buruh kontrak. Bila kelapangan saya pulang ke kampung menjenguk ibu.
Dengan gaji yang agak lumayan saya sudah mampu menanggung ibu. Saya juga ada berkenalan dengan seorang gadis, tetapi malangnya saya dih1na oleh keluarga mereka.
Orang miskin yang tiada pelajaran ini siapalah nak pandang.
Akhirnya saya ambil keputusan pulang semula ke Singapura.
“Saya mula meminati muzik. Dengan wang gaji saya beli sebuah gitar dan belajar melalui buku.
Rakan-rakan sekerja banyak memberikan sokongan dan semangat. Satu hari seorang rakan baik saya di situ beritahu, katanya kalau saya ingin maju bukan di Singapura tempatnya. Saya kena berani berhijrah ke Kuala Lumpur untuk teruskan cita-cita,” katanya.
Dia memasang azam demi merealisasikan impian. Di Kuala Lumpur, dia terus memulakan langkah menuju ke beberapa buah syarikat rakaman untuk mencuba nasib, namun sekali lagi dirinya dirundung mal4ng apabila dilayan seperti pengem1s memandangkan dia bukanlah sesiapa atau insan yang dikenali.
Berbekalkan wang sebanyak RM500 hasil jualan seekor lembu kesayangan ibunya, dia sekali lagi melangkah ke ibu kota. Kali ini dia berazam. Selagi tidak berjaya dia tidak akan pulang semula.
Hotel murah dan rumah tumpangan di sekitar Jalan Chow Kit merupakan rumahnya.
Namun semakin hari kantungnya semakin kosong sehinggalah tanpa rasa malu dia menadah tangan di kaki lima meminta simpati dan belas ihsan orang ramai untuk mencari sesuap nasi.
Beban yang ditanggung teramat berat sehinggakan terbit rasa kecwa dalam hidupnya.
“Saya dipelawa oleh seorang pemuda untuk membantunya berniaga warung di situ.
Walaupun tidak dibayar gaji, namun saya tetap gembira kerana diberikan tempat tinggal dan makan minum.
Antara lagu yang pernah di hasilkan olehnya Lagu Madah Berhelah (Ziana Zain), Penantian (Blackrose), Pelamin Anganku Musnah (Azie), Ramalanku Benar Belaka (Umbrella) adalah lagu yang berdasarkan pengalaman hidup saya ketika itu.
“Lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu dendangan Ukays terus mengangkat nama saya. Album ini juga berjaya dijual melebihi 400,000 unit,” katanya.
BACA:
Mak ayah tersadai tepi jalan, anak duk dalam kereta siap aircond, rupanya ini berlaku
Ellie Suriaty perjelas sebab pilih Kaka Azraff, “Sebab lagu Gila”
Tak ada dialog tapi aksi Shuib dan Ryan Bakery ini buat ramai tergelak