Dua jawatan itu perlu ‘diikat’- Datuk Dr Ahmad Masrizal

Dua jawatan itu perlu ‘diikat’- Datuk Dr Ahmad Masrizal. UMNO akan terus kukuh dan kuat meskipun dua jawatan tertinggi dalam parti itu tidak dipertandingkan.

Bekas Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata, dua jawatan itu perlu ‘diikat’ sementara supaya yang lain dapat diurus dengan sempurna.

Menurutnya, perwakilan UMNO bukan sengaja untuk membuat keputusan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

“Apa yang sudah diputuskan dalam PAU baru-baru ini adalah bukti bahawa ahli-ahli UMNO bersedia untuk membuat perubahan.

“Malah hasil dapatan Sinar Harian juga membuktikan 80 peratus ingin UMNO membuat perubahan secara total.

“Kalau dilihat kedudukan UMNO sekarang, semua pihak pemain parti sendiri dan juga bukan pemain parti yang berada di luar memang mahu melihat UMNO membuat perubahan dan jangan lihat perubahan itu dari sudut negatif semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian selaku panelis pada Wacana Sinar siri 387 bertajuk ‘Pemilihan UMNO: Proses Bersihkan Parti?’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada malam Selasa.

Turut menjadi panel ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

BACA JUGA:

Dewan Rakyat: Tumpukan kepada kesihatan mental, inisiatif bantu pembeli rumah hari ini

Tersepit dalam van, warga Singapura maut dalam kemalangan

Kerajaan perlu sistematik dalam usaha menoktahkan kemiskinan

+ posts