Ernie nyanyi lagu Casablanca lebih sedap daripada Nuha, puji netizen

Ernie nyanyi lagu Casablanca lebih sedap daripada Nuha, puji netizen

Ernie nyanyi lagu Casablanca lebih sedap daripada Nuha, puji netizen. Lagu Casablanca nyanyian Nuha Bahrin bersama Naufal Azrin menjadi siulan ramai selepas dilancarkan secara rasmi lebih kurang sebulan lalu.

Ramai juga penyanyi lain turut merakam ulang (cover) lagu itu. Namun paling mencuri perhatian ialah persembahan Ernie Zakri menyanyikan lagu tersebut ketika muncul menerusi sebuah rancangan televisyen.

Menerusi video yang dikongsi peminat, Ernie Zakri yang tampil sebagai artis jemputan dalam Sepahtu Reunion dilihat sedang mengadakan latihan sebelum bersiaran langsung. Lebih menarik, Ernie menyanyikan lagu Casablanca dengan cara tersendiri.

Dalam video berasingan pula, Ernie dilihat sedang menyanyi lagu tersebut dalam satu babak dia sedang mengelap meja di kedai makan ketika sesi siaran langsung. Tanpa mengubah irama lagu asal, Ernie berjaya melantunkan lagu tersebut dengan baik sekali.

Ernie nyanyi lagu Casablanca lebih sedap daripada Nuha, puji netizen

Rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu kini sedang hangat dibualkan wargamaya dek kerana kemerduan suara Ernie Zakri menyanyikan lagu hit tersebut. Malah, ada yang memuji Ernie menyanyikan lagu tersebut dengan baik sekali jika dibandingkan dengan penyanyi asal.

@erniezakrivocals Sepahtu reunion malam ini ! #erniezakri #casablanca #ezvocal #fyp #fypage #fypシ ♬ original sound – Ernie Zakri Vocals

BACA:

Min Malik kini pegawai tentera, pernah popular lagu Flora Cinta

Pekebun sawit Malaysia terkesan dengan sekatan diperkenal Indonesia