Hasrat nak bawa Malaysia ke piala dunia, tapi kalah 2 kali dengan Laos

Hasrat nak bawa Malaysia ke piala dunia, tapi kalah 2 kali dengan Laos free malaysia today shopee malaysia malaysia chronicle lazada malaysia malaysia kini bursa malaysia ikea malaysia

 

Skuad bolasepak B-23 negara tersingkir dengan cara yang cukup memalukan dari Kejuaraan Piala AFF B-23 di Kemboja, selepas dua kali diaibkan oleh Laos.

Selepas Indonesia dan Myanmar menarik diri gara-gara Covid-19, Malaysia kendalian Brad Maloney dianggap tidak akan berdepan laluan sukar untuk ke separuh akhir kerana hanya perlu mengatasi Laos namun malangnya itu tidak berlaku.

Hasrat nak bawa Malaysia ke piala dunia, tapi kalah 2 kali dengan Laos free malaysia today shopee malaysia malaysia chronicle lazada malaysia malaysia kini bursa malaysia ikea malaysia

Skuad negara tewas 1-2 pada aksi pertama Jumaat lalu dan kemudiannya 0-2 pada Isnin sekaligus mengundang kecaman penyokong bolasepak tanah air yang kecewa melihat kualiti permainan yang begitu teruk diterjemahkan.

Kegagalan Malaysia B-23 turut mendapat perhatian bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari, Lim Teong Kim yang pernah menjadi ‘guru’ kepada sebahagian besar pemain di dalam skuad tersebut.

Menurut Lim Teong Kim, pemain-pemain tidak boleh disalahkan kerana sistem pembangunan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak betul dan tidak menyediakan satu platform untuk pemain muda berkembang.

“Saya sudah banyak kali berkata bahawa jikalau FAM/MFL tidak membuat tanggungjawab mereka untuk mengadakan liga-liga remaja untuk pemain-pemain remaja Malaysia, jangan harap bolasepak Malaysia akan maju.

“Pembangunan seseorang pemain mesti melalui proses pembangunan remaja yang sistematik supaya mereka belajar, berlatih dan memahami untuk menguatkan mental, physical conditioning, pemahaman taktikal dan keupayaan teknikal mereka supaya boleh bersaing di peringkat antarabangsa dan ini tidak ada di Malaysia.

“Situasi bolasepak kita tidak memberi pemain-pemain remaja untuk maju. Jadi kita tidak boleh menyalahkan mereka. Yang salah adalah FAM/MFL. Mereka yang seharusnya menyediakan dan melengkapkan landasan-landasan untuk pembangunan bolasepak di Malaysia.

“Perubahan itu adalah seperti penganjuran liga-liga remaja, pemain import tiga pemain sahaja untuk Liga Super dan Premier. Pasukan kedua Liga Super (feeder team) yang bermain di Liga Premier tidak boleh ada pemain import.

“Pemain-pemain yang bermain lawan Laos tidak boleh disalahkan kerana proses pembangunan bolasepak FAM tiada sistem. FAM perlu pemimpin yang mempunyai kualiti kepimpinan bukan seorang seperti badut,” ujar Lim Teong Kim.

Malapetaka menimpa skuad B-23 negara di Kemboja, adalah kegagalan kedua buat pasukan bola sepak negara dalam tempoh kira-kira tiga bulan di peringkat Asia Tenggara selepas skuad senior Harimau Malaya juga terkandas di peringkat kumpulan Piala AFF, Disember lalu.

Tonton:

Berita Lain:

Bos Petronas hadiahkan pakej umrah kepada makcik ini, 28 tahun kerja isi minyak

Suami isteri belanja sakan wang RM200,000 masuk akaun sendiri, rupanya bank tersalah masuk

Kecoh satu kelas, ingat angkat tangan tak faham cikgu ajar, ini yang terjadi…

COMMENTS

Wordpress (0)