“Ianya normal memberi kucupan hari jadi,” – Eric Tsang. TINDAKAN pelakon veteran dari Hong Kong mencium model berasal Malaysia dikenali sebagai Lebara menerima kecaman hebat netizen.
Menerusi video yang dikongsi Lebara menerusi Instagram, aktor berusia 69 tahun itu dilihat mencium Lebara sempena ulang tahun kelahirannya.
“Tahun ini orang hebat berada di sini untuk meniup lilin hari jadi saya, ucapan hari lahir saya tahun ini adalah untuk keamanan dunia dan tiada kebencian” tulis Lebara di ruangan kapsyen.
Dalam video yang berdurasi selama 29 saat, Eric Tsang bersama beberapa individu lain menyanyikan lagu hari jadi kepada Lebara.
Eric juga dilihat memberi ucapan pendek kepada Lebara.
Bercakap kepada media Hong Kong, Eric berkata dia tidak mengenali Lebara dan tidak rasa bersalah mencium model Malaysia itu.
“Ianya normal memberi kucupan hari jadi,” kata Eric Tsang.
Tambahnya lagi, dia percaya bahawa orang yang memuat naik video ialah orang yang tidak dikenali kerana rakannya tidak akan membuat sebegitu kepadanya.
“Saya sedang makan di hotel itu dan kebetulannya dijemput untuk meraikan hari jadi seorang wanita yang saya tidak kenal siapakah dia,” jelasnya.
BACA:
Pengurus Bank dedah RM1 juta masuk akaun bank bekas ahli parlimen Johor Bahru
‘Bila artis lain tayang aset peminat puji pula’, Baby Shima pelik