Ini cara semak dan bayar bil elektrik dengan mudah, tak payah beratur panjang lagi.
Seperti kita sudah sedia maklum, semua rumah di Malaysia mengunakan khidmat Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai syarikat berkaitan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan elektrik.
Sudah tentu bulan bulan kita terima bil untuk dibayar mengikut jumlah tenaga elektrik kita sudah gunakan.
Kita sudah berada dizaman maju, bil TNB boleh disemak secara atas talian melalui portal TNB dan juga aplikasi myTNB.
Tak perlu lagi keluar membayar dikaunter.
Buat semakan dan lunaskan secara online sahaja.
Bagaimana Cara Semak Bil TNB Online?
TNB telah pun menaiktaraf supaya memudahkan anda membayar bil berdasar bulan yang anda hendaki.
Semakanan bil TNB boleh dibuat diportal https://mytnb.com.my
Perhatikan langkah dibawah;
Daftar dahulu dengan klik Register Now.
Penuhkan segala maklumat yang diperlukan di dalam borang.
Tekan Register for myTNB account.
Setelah selesai mendaftar, sila log masuk seperti biasa.
Masukkan email dan kata laluan yang anda gunakan ketika mendaftar sebentar tadi.
Sekiranya anda berjaya log masuk, maklumat berkenaan bil anda akan terpaparkan berdasarkan bulan dalam bentuk graf.
Bukan itu sahaja, Aplikasi myTNB lagi memudahkan anda membayar bil.
Cara Buat Semakan Melalui Aplikasi myTNB
Aplikasi ini khas buat pengguna Android dan iOS.
Muat turun dan pasang aplikasi ini di telefon pintar anda untuk semak bil tnb.
Play Store
AppStore
Register dengan memasukkan no IC dan no telefon.
Selepas itu, isikan PIN yang dihantar melalui sms. Bukan itu sahaja, anda pun boleh membayar bil secara online didalam applikasi ini.
Berapa lama tempoh membuat pembayaran selepas terima bil?
Pembayaran perlu dibuat 30 hari selepas bil dikeluarkan.
Bolehkah saya bayar bil secara ansuran?
Tidak dibenarkan. Pembayaran mesti dibayar secara penuh.
Saya adalah pengguna Remote Meter Reading(RMR). Akan tetapi saya belum terima bil.
Sebagai pengetahuan, pengguna RMR akan terima bil melalui emel atau pos.
Apakah nombor saya boleh hubungi untuk bercakap dengan TNB?
TNB Careline di 1300 88 5454
BACA:
Syed Saddiq jumpa Muhyiddin, rupanya ini yang dibincangkan
Wanita ini didenda mahkamah kerana gagal jelaskan wang RM33,962, rupanya ini yang terjadi
Lelaki ini ubahsuai kereta Golf ikut kreativiti, tapi ramai yang menyampah