JPJ tetap teruskan bidaan nombor plate “BRA” walaupun kedengaran seksis

JPJ tetap teruskan bidaan nombor plate “BRA” walaupun kedengaran seksis mysikap jpj jpj near me jpj number plate check saman jpj jpj appointment jpj portal temujanji jpj ebid jpj jpj running number

 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijangka meneruskan bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan siri BRA walaupun gabungan bunyi tiga huruf itu berbaur seksis.

Sumber JPJ memberitahu, setakat ini, tidak ada sekatan terhadap penggunaan siri plat pendaftaran kenderaan darat dengan huruf tertentu.

“Insya-Allah, huruf tersebut tetap diteruskan apabila tiba masa selepas siri BQY tamat sekitar April depan,” kata sumber agensi berkenaan ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Plat B mula diperkenalkan oleh JPJ pada 1971 bagi menggantikan siri huruf SL yang diwujudkan penjajah British sebagai negeri yang pertama menggunakan format baharu itu sejak 1948.

Siri tersebut amat popular di negara ini selepas kemerdekaan kerana Selangor merupakan pusat ekonomi terbesar sebelum dipintas oleh plat W untuk Wilayah Persekutuan pada 1996 lalu.

Ketika ini, plat negeri termaju berkenaan baru sahaja melepasi siri BQV sebelum ia mencapai giliran huruf tengah baharu iaitu BRA pada Mei ini bergantung keadaan penjualan kenderaan.

Polemik gabungan tiga abjad tersebut bagaimanapun tular diperkatakan segelintir warganet kerana sebutannya menyerupai pakaian dalam wanita dalam bahasa Inggeris.

JPJ tetap teruskan bidaan nombor plate "BRA" walaupun kedengaran seksis mysikap jpj jpj near me jpj number plate check saman jpj jpj appointment jpj portal temujanji jpj ebid jpj jpj running number

“Itu mungkin sekadar pandangan persepsi masyarakat, tetapi, bagi pihak JPJ, kombinasi huruf sedemikian tiada pun melambangkan maksud spesifik kepada mana-mana benda,” jelas sumber.

Ia memberi contoh sebelum ini gabungan siri plat BMW pada 2014 lalu yang menjadi rebutan banyak pihak kerana bunyinya itu menyamai suatu jenama kereta mewah terkenal dari Eropah.

Senario sama berlaku di negeri lain seperti JEW di Johor yang mencetuskan kebimbangan pihak tertentu kerana sebutannya dalam bahasa Inggeris itu bermaksud agama dan kaum Yahudi.

Bagaimanapun, ada juga gabungan tiga huruf itu dikaitkan dengan perkara harian seperti ABC di Perak, TAX di Terengganu, KFC di Kedah, RM di Perlis dan WWW di Wilayah Persekutuan.

Tidak ketinggalan ujar sumber, ada siri plat yang digemari penyokong parti politik tertentu seperti BN di Selangor, DAP di Kelantan, MCA di Melaka serta PAS, PAN dan PKR di Pulau Pinang.

“JPJ pada masa ini memang pun tiada polisi khusus yang akan mengharamkan siri huruf tertentu macam pernah dilakukan oleh Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) di Singapura,” tegasnya.

Sumber itu merujuk tindakan agensi republik tersebut pernah memansuhkan siri plat SEA sehingga SEZ kerana bantahan banyak pihak yang bimbang apabila berlaku giliran siri huruf SEX.

Ini menyaksikan berlaku ‘lompat’ plat apabila beralih kepada SFA selepas SDZ dan senario itu berulang lagi bagi siri plat SHA sehingga SHZ kerana dikhaskan untuk teksi di negara tersebut.

BACA JUGA : Netizen puji pemuda beri air untuk polis “speed trap”

Majlis Perkahwinan unik, semua tetamu kena pakai baju putih

“Nak Kahwin tak perlu jemput sekampung, orang tak kenal” – Chef Wan