Kehilangan Zalina Azman, ini pandangan Kamal Affandi. Misteri kehilangan Zalina Azman belum lagi berakhir dan masih belum terjawab.
Menurut penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim percaya Zalina Azman, 58, masih berada dalam parameter lokasi terakhir beliau dilihat termasuk tempat yang memberi makna tertentu kepada dirinya, berdasarkan maklumat viral yang mendakwa bekas personaliti TV3 itu ditemui.
Kamal Affandi berkata, apa sahaja kemungkinan boleh berlaku ke atas Zalina termasuk dalam aspek kesihatan atau terjadi sesuatu insiden yang membawa kepada kehilangannya.
“Kemungkinan subjek ada penyakit tertentu juga sukar dipastikan. Kemungkinan berlaku insiden di mana beliau terhantuk sesuatu objek hingga hilang ingatan atau amnesia sama ada secara kekal atau sementara.
“Tetapi seperti dakwaan yang tular sebelum ini, ciri lain berkemungkinan ditunjukkan subjek seperti rasa takut seperti ‘lost’ dan berdiri lama di sesuatu lokasi memikirkan sesuatu,” katanya kepada BH Online.
Menurut Kamal Affandi lagi , berdasarkan dakwaan orang ramai yang tular, Zalina berkemungkinan masih hidup sehingga dibuktikan sebaliknya.
Cerita yang tular termasuk yang memberi bayangan tertentu dan apa yang dipakai subjek perlu dilihat secara positif sehingga ada penemuan bertentangan.
“Cuma hingga sekarang, orang yang dicari belum ditemui. Jadi, tak boleh beri macam-macam spekulasi.
“Disebabkan maklumat yang kabur, itulah puncanya sesetengah kes di mana ramai yang tokok tambah konon wujud cerita mistik seperti diculik bunian, makhluk asing atau UFO di ruang udara… Itu sudah jadi kes lain,” katanya.
Kamal Affandi berkata, secara umum laporan kehilangan individu berpunca banyak sebab
Kamal Affandi mengakui kehilangan Zalina mengejutkan ramai pihak.
“Apa yang saya boleh katakan dari tarikh dia dilaporkan hilang, iaitu sejak November tahun lalu, siri tindakan dilakukan pihak berkuasa amat konsisten dengan protokalnya.
“Seperti yang kita baca dalam laporan akhbar dan portal, Zalina tidak melakukan pergerakan ke luar negara atau menerima rawatan perubatan di mana-mana hospital.
“Malah, nombor telefon tidak aktif sejak dilaporkan hilang. Hasil siasatan diperoleh menunjukkan polis melakukan pelbagai usaha untuk mengesan Zalina.
“Ini termasuk saling bertukar maklumat dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Imigresen, Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan syarikat telekomunikasi,” katanya.
Kamal Affandi berkata, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah diberi perhatian khusus berbanding orang dewasa setiap kali berdepan kes kehilangan orang awam.
Antara tindakan diambil termasuk mewujudkan sistem amaran, NUR (National Urgent Response) Alert bagi memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan daripada pengabaian, keganasan dan eksploitasi.
“Saya percaya dan optimis pihak berkuasa sudah melakukan terbaik. Malah, apa yang dilaporkan media berhubung tindakan polis itu hanya sebahagian yang dikongsi secara terbuka.
“Hakikatnya, berdasarkan pengalaman saya, polis buat lebih daripada itu,” katanya.
BACA:
Mak ayah tersadai tepi jalan, anak duk dalam kereta siap aircond, rupanya ini berlaku
Ellie Suriaty perjelas sebab pilih Kaka Azraff, “Sebab lagu Gila”
Tak ada dialog tapi aksi Shuib dan Ryan Bakery ini buat ramai tergelak