Tak ada dialog tapi aksi Shuib dan Ryan Bakery ini buat ramai tergelak. Baru-baru ini, pemilik nama Ryan Bakery itu tampil bersama pelawak Shuib Sepahtu bagi mempromosikan bisnes minuman, BubbleBee milik usahawan itu.
Pemuda itu sering tampil dengan yang video mengimbau zaman kanak-kanak dan persekolahan sehingga mendapat jutaan tontonan di aplikasi TikTok.
Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan tidak puas melihat gandingan kedua mereka dan mahukan video lagi.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan aksi Ryan sememangnya tidak pernah mengecewakan penonton.
Menerusi video itu, Ryan tampil dengan watak kanak-kanak dengan bedak penuh di muka memerhatikan Shuib membeli BubbleBee.
Bagaimanapun, Shuib akhirnya memberikan cawan aiskrim yang dibelinya sebelum dibawa lari oleh Rayan.
Meskipun tampil dengan video tanpa dialog, namun gandingan Shuib dan Ryan itu ternyata menghiburkan ramai.
Ikuti Video yang di kongsikan oleh shuib di laman instagramnya:
View this post on Instagram
BACA:
10 lokasi air terjun menarik di Malaysia, rugi kalau tak singgah
Jangan sakat orang tengah pegang benda tajam, nasihat Wafariena disokong ramai