Kemalangan babitkan tiga kenderaan korbankan dua rakan sekerja

Kemalangan babitkan tiga kenderaan korbankan dua rakan sekerja.

Dua wanita terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Kampung Sri Mawar, Sekam, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, kedua-dua mangsa adalah pekerja sebuah kilang elektronik di Batu Berendam.

Komander Operasi dari Balai Bomba Bukit Katil, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohamad Hamdan Sudin, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 7.45 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota termasuk dua daripada Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian untuk bantuan.

“Setibanya di lokasi pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati, terdapat kemalangan membabitkan kereta Toyota Altis, Nissan Almera dan motosikal Yamaha Y15.

“Terdapat empat mangsa iaitu dua wanita menaiki Nissan Almera meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, dua lagi mangsa adalah lelaki iaitu pemandu yang tersepit di dalam Toyota Altis dan penunggang motosikal yang cedera ringan diberi rawatan awal oleh anggota EMRS.

BACA JUGA:

Air Selangor Sdn Bhd nyatakan, bekalan air ke kawasan terjejas kini telah pulih 89 peratus

IDEAS, SBI setuju dengan pandangan Tun M: Harga barang meningkat kerana rasuah

Pembinaan bangunan yang runtuh di Turkey akibat gempa bumi, 113 waran tangkap dikeluarkan

+ posts