Kerajaan patut kekalkan keputusan PH, 8 cabutan khas judi

Kerajaan patut kekalkan keputusan PH, 8 cabutan khas judi

Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz berkata kerajaan sepatutnya mengekalkan keputusan pentadbiran PH yang telah mengurangkan jumlah cabutan khas nombor ramalan dalam setahun.

Dia yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS itu berkata, sebaliknya kerajaan kembali menambah kekerapan kepada 22 cabutan yang disifatkannya sebagai satu tindakan ke belakang.

“PAS telah menyatakan komitmen tegas untuk menghapuskan semua industri dosa dan ekonomi gelap dalam negara…Ia nyata bukan jalan yang benar, bahkan mampu merosakkan ekonomi negara dan menjauhkan negara daripada memperolehi keberkatan Allah.

BACA JUGA : Caprice dakwa pernah warning, jangan main-main di Tanah Suci, sedia dedah ‘predator’

“Justeru tindakan terdahulu Kerajaan PH yang telah mengurangkan jumlahnya sebelum ini adalah betul dan amat wajar diberi pujian dan kredit.

“Sewajarnya kerajaan hari ini mengekalkan keputusan tersebut, malah terus menggerakkan segala usaha yang positif dan proaktif ke arah menjauhkan rakyat daripada terus bergantung dan terjebak ke dalam aktiviti buruk tersebut,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Peningkatan kadar kekerapan cabutan khas nombor ramalan itu disahkan Menteri Kewanan Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, pada 20 Sept lalu.

BACA JUGA : Wanita ini dedah perangai sebenar Ebit Lew

Semasa PH menjadi kerajaan kekerapan cabutan khas itu diturunkan kepada 11 kali pada 2019 dan lapan kali saja pada 2020.

Bagaimanapun kekerapan itu dikembalikan kepada 22 kali selepas Perikatan Nasional (PN) – yang turut dianggotai PAS – menjadi kerajaan pada akhir Feb tahun lalu.

Terdahulu, Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu telah membuat bantahan secara terbuka, selain bantahan secara dalaman oleh ahli kabinet PAS berhubung perkara itu.

BACA JUGA : Sultan Selangor dukacita dan kecewa dengan warga agama

“Kita berharap pihak Kementerian Kewangan menyemak semula keputusan itu,” katanya

Nik Abduh juga menyuarakan harapan yang sama, iaitu agar kerajaan dapat membuat penilaian semula dan seterusnya menarik kembali keputusan tersebut.

“Adalah telah diterima umum bahawa bahaya dan kerosakan akibat aktiviti perjudian ke atas individu dan masyarakat adalah melangkaui agama dan kaum.

“Ia hanya memerlukan ‘political will’ daripada mana-mana parti politik dan kerajaan untuk bertindak membendungnya.

“Saya yakin, dengan amanah besar yang diberikan kepada PAS oleh kerajaan hari ini untuk mengetuai hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri, PAS akan terus membantu kerajaan memandu negara ke arah kejayaan yang diberkati Allah,” katanya lagi.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/592577

COMMENTS