Lagu “Taman Rashidah Utama” ciptaan Bob Lokman ada unsur ‘tasawuf’?

Lagu “Taman Rashidah Utama” ciptaan Bob Lokman ada unsur ‘tasawuf’? download lagu mp3 download lagu lagu dangdut lagu raya lagu lagu jiwang planet lagu download lagu free free download lagu mp3 chord lagu melayu

 

“Ku berjalan di dalam hujan
Mencari api yang terpadam”

Demikian petikan lirik lagu Taman Rashidah Utama nukilan Bob Lokman. Lagu dendangan Wings ini merupakan imbasan pengalaman Bob Lokman ‘bercinta’ dengan pelakon Aida Aris (masa tu belum jadi pelakon lagi) yang tinggal di Taman Rashidah Utama, Seremban.

Lagu "Taman Rashidah Utama" ciptaan Bob Lokman ada unsur 'tasawuf'? download lagu mp3 download lagu lagu dangdut lagu raya lagu lagu jiwang planet lagu download lagu free free download lagu mp3 chord lagu melayu

Ada satu ketika Bob mengajak Aida Aris untuk dating dan Bob menunggu Aida dari petang sampai ke malam di deretan kedai mamak namun Aida tak muncul-muncul.

Tahulah Bob yang cintanya telah direject.
Disebabkan insiden itulah, Bob menulis pengalamannya menunggu Aida Aris yang tak kunjung tiba dan diabadikan dalam lagu Taman Rashidah Utama.

Selepas Bob ‘berhijrah’ kira-kira sedekad yang lalu, beliau didatangi oleh ramai peminat yang mengaku menggemari lirik-lirik tulisan beliau.

Seorang peminat mengaku meminati lirik Taman Rashidah Utama kerana terdapat unsur tasawuf di dalamnya melalui rangkap “Ku berjalan di dalam hujan mencari api yang terpadam”. Macam mana berjalan dalam hujan yang basah tapi mencari api, fuh ini memang deep ni. Agaknya mencari api hidayah kot.

Bob hanya ketawa saja dan berkata itu bukannya tasawuf. Cerita sebenar lirik itu ialah Bob menunggu Aida Aris dari tiga petang sampai ke sembilan malam, waktu tu hujan lebat. Tunggu punyalah lama sambil hisap rokok sampai rokok dia terpadam sebab terkena tempias hujan. Mancis dia pulak dah habis. Maka dia merayaulah mencari kedai atau orang yang ada mancis/lighter supaya dia boleh hisap rokok.

Kerana itu dia sebut “ku berjalan di dalam hujan mencari api yang terpadam”, maknanya aku tunggu kau punyalah lama sampai api rokok aku pun habis dan dalam hujan tu aku carilah mancis untuk menggantikan mancis aku sebab api rokok dah terpadam.

Bukannya tasawuf pun!

Punya jauh nak takwil yang bukan-bukan sedangkan penulis lirik pun tak fikir sampai ke situ dan silap-silap penulis lirik tulis lain dia faham lain.

Begini sajalah. Tafsiran lirik ni kita orang awam tafsir gitu-gitu je sudahlah. Tak perlulah nak acah-acah deep atau acah-acah konspirasi.

Melainkan yang clear cut macam “Wahai Tuhan yang ada tangan macam manusia” atau “Oh Tuhan yang bersila panggung di atas arasy” ha yang itu sesatlah.

Kalau level geli-geli zhon atau shaz saja tak payahlah. Dunia dan segala isinya banyak lagi masalah yang harus kau fikirkan.

Berita Lain:

Saintis kaji mumia manusia tapi berekor, dah macam ikan duyung

Faktor model Toyota masih mahal di pasaran kenderaan terpakai

Berita baik, KWSP umum i-Lindung dan i-Sayang untuk rakyat Malaysia

COMMENTS

Wordpress (0)