Luar biasa, Salji turun di Sabah

Luar biasa, Salji turun di Sabah, mungkin lebih sejuk lagi dan mereka yang melihat salji hari ini dianggap bertuah salji di malaysia musim salji salji di arab saudi gambar salji orang salji

 

Fenomena salji turun kira-kira tiga minit di Sayat-Sayat sehingga ke puncak Gunung Kinabalu iaitu di Kilometer 8.72 pada Isnin menggemparkan pendaki termasuk malim Gunung Kinabalu.

Kehadiran salji itu sempat dirakam oleh pelatih laluan Via Ferrata, Hajiri Sulumin, 47, ketika sedang menunggu pendaki di Sayat-Sayat pada jam 7.18 pagi.

Luar biasa, Salji turun di Sabah, mungkin lebih sejuk lagi dan mereka yang melihat salji hari ini dianggap bertuah salji di malaysia musim salji salji di arab saudi gambar salji orang salji

Menurut Hajiri, kejadian itu berlaku secara spontan tetapi dalam tempoh masa yang pendek antara dua hingga tiga minit.

Ketika itu saya sedang menunggu pendaki yang berada di puncak dan tiba-tiba ada salji turun tetapi sekejap saja antara dua hingga tiga minit.

Ketika kejadian, saya berada di Sayat-Sayat Check Point dan saya percaya ia sehingga di puncak, katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Jelasnya lagi, strukturnya memang salji dan bukannya seperti ketulan ais yang biasa mereka lihat ketika di puncak Gunung Kinabalu.

Ia memang salji seperti kepingan ringan, kalau ketulan ais ia berat.

Ada ramai pendaki ketika itu, dan saya terpaksa menunggu mereka lebih lama sedikit kerana pendaki yang lain sedang menyaksikan kehadiran ‘salji’ di atas puncak, katanya.

Katanya lagi, sejak 11 tahun menjadi pelatih Via Ferrata, kejadian itu bukan kali pertama ia berlaku dan dia pernah saksikan fenomena yang sama pada 2018.

Sementara itu, Penolong Pengarah Taman Kinabalu, Justinus Guntabid memaklumkan, fenomena salji turun di Gunung Kinabalu turut pernah direkodkan pada 1975 dan 1993.

Purata suhu di Panalaban pada jam 2 hingga 10 pagi tadi kira-kira 6.9 hingga 12.3 darjah celsius.

Kiranya hari ini lebih sejuk daripada biasa tetapi kalau di atas mungkin lebih sejuk lagi dan mereka yang melihat salji hari ini dianggap bertuah, katanya.

Tonton:

Berita Lain:

Saharul Ridzwan kini berubah 360 darjah, “susah nak jaga mata kalau berlakon..”

“Tak ramai yang tahu betapa teruknya banjir di Terengganu sekarang, tolong kami…”

“Tak logik jika saya hanya dapat gaji sebulan RM30,000 sahaja” – Lim Teong Kim

COMMENTS

Wordpress (0)