Masuk kereta jangan terus start enjin biar fuel pump naik dulu, ini penjelasan

Masuk kereta jangan terus start enjin biar fuel pump naik dulu, ini penjelasan

Masuk kereta jangan terus start enjin biar fuel pump naik dulu, ini penjelasan. Satu laman sesawang yang suka berkongsi tip telah berkongsi satu video yang dikutip daripada laman sosial TikTok, yang menceritakan bagaimana kita patut menghidupkan enjin kereta supaya pam bahan api tahan lama dan tidak rosak.

Menurut laman sosial tersebut, bagi menjamin pam bahan api kereta petrol tahan lama pemandu haruslah memulaskan kunci kereta pada kedudukan tertentu dan memastikan meter bahan api kereta hidup terlebih dahulu.

Laman sesawang tersebut juga mendakwa, kita perlu memastikan jarum meter pam bahan api naik dulu barulah selamat untuk menghidupkan kereta. Bagi memendekkan karangan dan menjimatkan masa anda dengan perkara merepek, ini adalah mengarut, tak masuk akal dan Total B***S**t. Noktah. Tamat.

Masuk kereta jangan terus start enjin biar fuel pump naik dulu, ini penjelasan

Kami terangkan secara ringkas dalam poin di bawah

1. Bagaimana pam bahan api bekerja? – Pam bahan api adalah satu unit pam mekanikal yang digunakan untuk menghantar petrol daripada tangki bahan api kepada enjin supaya enjin hidup, membekalkan tekanan yang sesuai pada sistem EFI dan memastikan petrol yang tidak digunakan kembali ke tangki melalui fuel tube.

Ya kita panggil fuel tube sebab ia dihasilkan dengan menggunakan keluli bukan getah.

2. Kenapa perlu pakai pam?- hampir semua enjin moden menggunakan sistem suntikan bahan api (EFI) bagi memastikan penghantaran petrol dibuat dengan tepat sesuai dengan kehendak ECU, kawalan pedal minyak, memastikan penjimatan dan mengelakkan pencemaran alam.

Isyarat daripada ECU enjin akan dihantar kepada pam yang akan mengepam petrol yang berada dalam tangki dan duduk di bawah lantai platform kereta yang rendah. Jadi kita perlukan pam bahan api ini bagi menghantar petrol yang berada di kedudukan rendah ke enjin yang berada di kedudukan yang lebih tinggi.

Kalau anda tak nak pakai pam bahan api pun boleh, tapi pastikan tangki petrol anda berada di atas bumbung dan menghantar petrol tadi ke enjin dengan menggunakan gravity flow. Pernah nampak kereta yang dipasang dengan pam bahan api atas bumbung? Tak pernah kan, jadi jangan buat kerja gila.

perhatikan Brushes atau komponen motor pada fuel pump
3. Apa yang berlaku bila kunci ditekan atau dihidupkan? Pertama kunci atau push start button akan melengkapkan pendawaian elektrik bagi menghidupkan semua meter pada papan pemuka, menghidupkan semua sistem elektronik, menghidupkan pam bahan api dan juga motor penghidup bagi memulakan enjin

Enjin akan cuba dihidupkan oleh motor elektrik penghidup, pam bahan api akan menghantar petrol bertekanan tinggi kepada enjin dan palam pencucuh akan menyala bagi membakar campuran petrol dan udara dalam silinder

4. Sistem elektronik automotif lebih moden – ya sistem elektronik dalam ECU kereta anda boleh membuat pengiraan dan menghantar isyarat elektrik bagi menghidupkan perkakasan fizikal (motor elektrik, pam bahan api, dan lain lain komponen) sebenarnya jauh lebih canggih daripada sistem elektronik Apollo 11 yang mendarat di bulan tahun 1969

Anda tak perlu nak panaskan sistem, nak debug, nak prepare sebab sistem elektronik yang digunakan oleh kereta moden sudah cukup canggih. Ok, cuba anda belek buku manual kereta anda dan cari muka surat yang mengajar anda seperti yang diajar oleh laman sesawang tersebut? Ada ke tak?

Ada suruh tekan 7 kali? Atau tekan sedikit bagi fuel pump hidup?
5. Penapis bahan api perlu ditukar– kalau anda rajin, sesetengah kereta akan datang dengan penapis bahan api yang juga disebut sebagai fuel filter atau fuel strainer yang dipasang selepas daripada fuel pump. Tugas penapis ini bertujuan menapis kekotoran (habuk, lembapan atau unsur air) dalam petrol supaya tidak memasuki pemancit bahan api

Penapis ini perlu ditukar secara berkala berdasarkan nasihat pengeluar kereta samaada pada 80,000km, 100,000km atau 120,000km mengikut jadual penyelenggraan yang ditetapkan. Jika penapis ini tidak ditukar ia akan menyumbat fuel tube, pemancit bahan api dan juga pam bahan api sendiri.

Cuba semak di buku manual darn cari di bahagian penyelengaraan berkala serta tukar penapis ini mengikut sela masa yang dinasihatkan. Kalau anda ikut nasihat laman sesawang merepek ini pun, tapi penapis bahan api tak tukar tak guna juga. Jahanam juga fuel system kereta anda

Cut Coil
6. Jadi pam tak rosak sampai bila-bila? Semua komponen yang dipasang pada kereta ada jangkahayat atau lifecycle masing-masing. Ada yang diukur dalam kilometer, masa seperti bulan dan juga lifecycle atau kitaran operasi sebelum ia rosak akibat kelusuhan seperti wear and tear

Bagi pam bahan api ia dibina dengan menggunakan motor elektrik, soket sambungan wayar elektrik, dan juga impeller yang bertindak menyedut dan menghantar petrol masuk dalam fuel tube.

Motor elektrik yang digunakan boleh bertahan pada beberapa ratus juta ribu kitaran, atau dalam bahasa mudah ia boleh bertahan sehingga 200,000km atau 300,000km atau 400,000km bergantung pada bahan dan juga spesifikasi oleh pembekal. Ya kalau dah rosak, tukar sahajalah bukan susah pun.

7. Tanda-tanda pam bahan api perlu ditukar – Kalau sudah sampai masa anda perlu menukar pam bahan api ini dan kereta anda akan memberikan sedikit tanda-tanda bahawa ia mengalami masalah pam bahan api sebelum masalah yang lebih serius berlaku.

Antaranya ialah susah untuk menghidupkan kereta disebabkan tekanan yang dihasilkan oleh pam tidak cukup, enjin tiba-tiba mati ketika memandu, kuasa enjin menurun dan akhir sekali lampu Check Engine menyala

Sekali lagi kami menyeru kepada pembaca Mekanika serta anak anak muda untuk sentiasa menambah ilmu pengetahuan. Kembara mencari ilmu tidak hanya berhenti selepas SPM, Diploma, Ijazah atau PHD. Ini kerana kita perlukan ramai teknokrat bagi membina negara, bukanya loyar buruk di laman sosial.

BACA:

Ryan Bakery dedah pengalaman ‘gila’ muncul dalan Sepahtu Reunion Live

Peminat luah hasrat mahu masuk meminang, ini respon padu Amelia Henderson

Majlis perkahwinan Nurul Izzah curi tumpuan netizen, simple gila.. Pakai tudung bawal je