Nazrey bekas ahli kumpulan Raihan dedah punca keluar Raihan. Bekas vokalis kumpulan Raihan iaitu Nazrey Johani mendedahkan sepanjang dia bersama kumpulan itu hatinya tidak pernah rasa tenang kerana hidup dalam perhatian ramai.
Menerusi satu temu bual dimuat naik di TikTok, Nazrey berkata dia mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan nasyid itu kerana memikirkan dia tidak pernah mengejar populariti.
“Selama saya dengan Raihan, saya tak pernah senang hati. Walaupun pergi ke luar negara, saya tidak pernah memikirkan soal populariti, sebaliknya hanya fikir tentang kerja,” katanya.
Hampir 16 tahun meninggalkan Raihan, Nazrey berkata dia tidak pernah rasa bangga meskipun kumpulan nasyid itu dikenali di seluruh dunia.
Mengambil keputusan untuk berhenti dari Raihan yang ketika itu berada di puncak, Nazrey berkata dia sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan meninggalkan kumpulan itu.
“Ya Allah, kalau ini bukan tempat saya keluarkan saya dengan cara baik. Selalu saya berdoa begitu hampor setiap hari kerana saya tak mahu populariti itu.
“Hati saya jadi tak tenang, jadi saya minta doa untuk diberi jalan keluar secara baik daripada Raihan,” katanya.
Kongsinya lagi, selepas pulang dari kampung, Nazrey menyampaikan hasratnya untuk keluar dari Raihan dan mendedahkan keputsannya itu seakan mengundang kemarahan ahli yang lain.
Katanya lagi, ahli yang lain tidak memujuk serta tidak membantah keputusan Nazrey itu dan akhirnya dia keluar dari Rihan serta melakukan kerja-kerja dakwah di Sabah.
“Pada satu hari saya seperti dibisikkan dengan satu suara yang berkata…Nazrey kau teruskan kerja dakwah ini tapi ingat kena yakin dengan rezekiku.
“Ketika saya ingin mengatakan ingin keluar daripada Raihan, mereka tidak memujuk sebaliknya berkata kalau nak berhenti, berhentilah. Sejak itu saya sudah bebas dari Raihan dan menjalani kerja-kerja dakwah di Sabah,” katanya.
@nazreyjohaniofficial KENAPA SAYA KELUAR RAIHAN? Pendedahan ini diceritakan oleh Ustaz sendiri apabila team ustazustazah.com bertanyakan “Kenapa Ustaz tak pilih untuk berdakwah tanpa keluar daripada Raihan?” Lalu tergerak hati ustaz untuk berkongsikan kisah yang sebenar semasa kami berada di Pusat TajaQuran di Kg Bitoon, Ranau, Sabah. Selepas keluar dari Raihan, Ustaz giat dalam kerja dakwahnya untuk membangunkan maahad tahfiz di Sabah dan kini beliau bersama team ustazustazah.com sedang menjalankan sebuah Program TajaQuran untuk MELAHIRKAN GENERASI CELIK AL-QURAN. Program dijalankan untuk memberikan pendidikan Al-Quran dan fardhu ain secara PERCUMA kepada anak-anak asnaf di seluruh Malaysia terutamanya rakyat Sabah. Kini 5 Pusat TajaQuran telah dibuka di Sabah, Negeri Sembilan dan Perak. KONGSI VIDEO INI SUPAYA SEMUA ORANG TAHU KISAH SEBENAR! Klik link utk sokong dakwah Ustaz: https://nazreyjohani.com #TajaQuran #NadiAlQuran #UstazNazreyJohani #Raihan #Sabah @UstazUstazah.Com ♬ original sound – nazreyjohaniofficial
BACA:
Lelaki ini dedah kos baiki masalah bateri kereta Tesla dah boleh beli sebuah Honda HR-V yang baru