Pengarah terkenal Malaysia nak buat drama mengenai Altantuya, kaitkan ‘Lady Birkin’

Pengarah terkenal Malaysia nak buat drama mengenai Altantuya, kaitkan ‘Lady Birkin’

Ramai betul org DM abam suruh buat cerita pasal Tangmo. Cara korang mintak tu macam korang order roti banjir. Main order jer. Korang ingat buat drama ni macam buat karipap? Pagi uli tepong petang dah siap?

Ada tu yg komain serius nau nau suruh abam buat. Dude. Kalau diberi pilihan abam lagi berminat nak buat cerita Altantuya sebab selain dari Altantuya watak watak lain yg terkait dengan watak Altantuya adalah watak watak yg kita kenal.

Pengarah terkenal Malaysia nak buat drama mengenai Altantuya, kaitkan 'Lady Birkin'

Dan abam rasa plot cerita dia lagi menarik sbb dia ada kena mengena dengan deal Scorpene la. Pregnant la.

Bekas Lady Birkin lah. Bomoh dari India lah. Dan kematian dia jugak lebih kurang tragis bila dia diletupkan sampai hancur yg abam rasa MOTIF sebenar Altantuya tu dibunuh dengan kejam masih lagi tak terjawab (ker abam yg masih tak tahu?

Pencerahan please ) dan salah seorang tertuduh (or maybe kambing hitam?) telah pun berjaya melarikan diri ke Australia dengan rahsia besar katanya.

So sampai kesudah abam tak tahu sebab apa dia dibunuh dgn begitu kejam?

Dan kenapa derang gigih bawak dia ke bukit di Shah Alam dan diletup hancur dengan C4!? Kegigihan apakah iteww. Untuk apa dia diperlukan musnah sebegitu rupa? Sampai tak leh tinggalkan bukti langsung.

See…Cerita Altantuya lagi gelap pekat berdaki misteri dgn skandal. Kes Tangmo pulak alahai ianya tak secomplicated kes Altantuya kot.

Cerita seorang PA yg tersilap deal cuba jual kawan sendiri pada seorang ‘Dato’ tapi hujung2 si mati tak nak buat dan dia dikatakan terpaksa ‘disimpan’ atau bunuh sebab si mati dah terlajak tahu siapa yg bakal menjadi pemangsanya.

Cuma citer Tangmo ada lah elemen elemen drama petang petang sikit la seperti plot plot hubungan arwah dengan BF 7 tahun dia tu.

Pastu watak mak dia yg sanggup ‘jual’ keadilan anak sendiri. Insurance yg diletakkan nama pada anak angkat dia yg juga anak PA/Manager/bestfriend tak guna dia tu. So elemen air mata acik acik bawang nak rasa sedih sama tu ader ler kalau abam nak exploit dan tokok tambah.

Korang suka la kan dengan elemen elemen meruntun jiwa hantuk hantuk kepala tersebak sebak hingus meleleh macam tu khennnn. Dasar

Anyway. I would still prefer to choose kes Altantuya kot. More dark and scandalous

Berita Lain:

Bentuk Yamaha 135LC generasi baru lebih moden, harga dah ‘cun’

Petua hilangkan ‘bintik hitam’ pada pakaian anda

Saintis kaji mumia manusia tapi berekor, dah macam ikan duyung

COMMENTS

Wordpress (0)