Proton X50 lebih tahan berbanding HR-V? Ini hasil ujian ketahanan

Proton X50 lebih tahan berbanding HR-V? Ini hasil ujian ketahanan. Pada awal tahun lalu, terdapat beberapa kemalangan melibatkan model Proton X50. Bagaimanapun pemandu-pemandu SUV tersebut tidak mengalami kecederaan yang parah. Jadi tidak hairanlah kenapa model tersebut mendapat pengiktirafan 5-bintang NCAP.

Baru-baru ini pengguna TikTok @adibcars memuat naik satu video ujian ketahanan antara model Geely Binyue atau dikenali sebagai Proton X50 (untuk pasaran Malaysia) dan Honda HR-V.

Ujian ketahanan tersebut dibuat oleh pihak media China dengan menggerakkan kedua-dua kereta ujian tersebut pada kelajuan 64km/j dan merempuh secara berhadapan antara satu sama lain. Ternyata hasil keputusan ujian tersebut sangat mengejutkan orang ramai.

Sejurus pelanggaran terjadi, sistem keselamatan pada kedua-dua SUV tersebut berfungsi dengan baik dengan mengeluarkan airbag bagi ‘menyelamatkan’ penumpang dan pemandu didalamnya.

Proton X50 lebih tahan berbanding HR-V? Ini hasil ujian ketahanan

Bagaimanapun, Honda HR-V mengalami beberapa kerosakkan pada beberapa bahagian serta-merta akibat pelanggaran itu. Cermin hadapan retak 90%, cermin sisi bahagian pemandu pecah dan bahagian pintu berubah sedikit strukturnya.

Tetapi ‘Proton X50’ pula tidak mengalami kesan yang begitu teruk seperti begitu. Cermin hadapannya tidak retak, begitu juga dengan cermin sisinya bahagian pemandu tidak pecah dan struktur bahagian pintu kelihatan masih kekal utuh.

Sumber:https://www.tiktok.com/@adibcars/video/7057767486049094939

BACA:

Kilang kicap terkenal kantoi waktu serbuan, najis tikus jadi perisa tambahan

52 jenis smartphone ini tidak dapat akses ke whatsapp

Ada Inspektor polis jual balik dadah yang dirampas, dedah Ayob Khan