Sepohon kelapa semuanya bermanfaat, tukar jadi duit

Sepohon kelapa semuanya bermanfaat, tukar jadi duit. Bukan setakat buah, malah segala apa yang ada pada kelapa boleh dimanfaatkan oleh peniaga termasuk tempurung kelapa.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu berkata, selain menjual kelapa dan arang, mereka turut menjual kelapa kering dan kerisik yang diusahakan adik perempuannya Siti Nur Ain Anuar, 30.

Usahawan muda Mohd Izswan Anuar, 31, yang mengusahakan penjualan kelapa milik bapanya mempunyai pendekatan tersendiri dengan mempelbagaikan hasil perniagaan keluarga hampir 20 tahun itu menerusi pembuatan arang daripada tempurung kelapa.

Bapa kepada dua anak itu berkata, meskipun pendapatan daripada penjualan arang itu tidak mencecah puluhan ribu ringgit, tetapi sekurang-kurangnya pendekatan itu dapat mengurangkan margin kerugian daripada penjualan kelapa.

“Tempurung kelapa diperoleh melalui pelanggan tetap yang membeli kelapa daripada kami. Selalunya kami beli 50 sen bagi satu guni daripada pelanggan, ada juga yang berikan secara percuma. Daripada terbuang begitu sahaja, saya mengambil pendekatan menjadikan tempurung kelapa ini sebagai arang.

Sepohon kelapa semuanya bermanfaat, tukar jadi duit

“Kami menjual arang ini kepada pembekal kelapa di Rengit, Johor iaitu sebulan sekali. Secara kasarnya, penjualan enam hingga tujuh tan arang tempurung kelapa boleh memberi pulangan sekitar RM4,000 hingga RM5,000 bergantung kepada tempurung kelapa yang diperoleh,” katanya di kediaman ibu bapanya di Kampung Sawah, Lukut di sini.

Dia berkata perniagaan yang diusahakan kedua ibu bapanya, Anuar Hashim, 55, dan Siti Aida, 52, sejak 20 tahun lalu semakin berkembang hasil pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional.

Katanya, ibu bapanya menekankan disiplin tinggi serta sering mengingatkan anak-anak agar menjadi peniaga yang amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan.

“Saya perlu mematuhi jadual ditetapkan. Setiap Isnin penghantaran stok kelapa ke Temerloh, Pahang; kemudian Selasa (pelanggan di Seremban); Rabu (Port Dickson); Khamis (mengambil stok kelapa di Rengit, Johor); Jumaat (penghantaran ke Seremban); Sabtu (ambil stok di Bagan Datuk, Perak) dan Ahad menghantar bekalan kepada pelanggan di Port Dickson.

BACA:

Wartawan kena kecam kerana minta Tok Ti komen kisah Puteri Sarah

Rossa Sera luah rasa sayang, tapi…

Lelaki duduk atas bumbung Vellfire ditahan Polis

+ posts