‘Tak berat ke?’, ramai persoal saiz bibir Vida. Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida sememangnya terkenal dengan gaya memuncungkan bibirnya terutama apabila mempromosikan produk di hadapan kamera.
Terbaru, penampilan usahawan berusia 51 tahun itu kembali mencuri tumpuan netizen ketika menghadiri sebuah acara tertutup baru-baru ini.
Menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram, ramai pengikut memuji persalinan songket digayakan Vida tetapi lebih tertumpu kepada saiz bibirnya.
Menurut segelintir netizen, mereka mendakwa bibir penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu dilihat semakin membesar berbanding bentuk sebelum ini.
Meninjau di ruangan komen, ada individu yang bertanya sekiranya Vida menjalani sebarang prosedur kosmetik bagi mendapatkan bentuk sebegitu.
Malah, tidak kurang ada juga memuji penampilannya sewaktu dahulu yang dilihat lebih ayu dan bersifat semula jadi berbanding solekan ditonjolkan pada masa kini.
Apa hukum kalau cucuk ‘filler’?
Tak berat ke?
Maaf la cakap…
Dulu cantik & ayu
Besar-besar nak pergi mana?
Terdahulu, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman memuat naik sebuah posting mengenang pemergian dua arwah anak lelakinya sebelum netizen menyentuh perbezaan bahagian bibirnya.
BACA:
‘Saya rindu zaman Dr Maszlee jadi Menteri’
Rumah kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di simbah cat
Mula-mula cek ada RM500 je, lagi sekali cek ada RM25,000, ini cara ‘jackpot’ dengan BSN