[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Tular ibu mengamuk ‘backup’ anak dituduh mencuri, siap buat live FB lagi.. saps ibu bapa doa ibu bapa doa untuk ibu bapa hadiah untuk ibu apdm ibu bapa hari ibu saps semakan ibu bapa selamat hari ibu ibu ibu negara malaysia [/bg_collapse]
Siapa yang tidak marah kalau anak yang kita tatang bagai minyak yang penuh dimarahi oleh orang lain sehingga menangis-nangis mengadu tentang insiden berkenaan.
Namun begitu, sebagai ibu bapa, tidak seharusnya kita percaya bulat-bulat apabila mendengar aduan anak tanpa membuat sebarang siasatan terlebih dahulu.
Tak boleh terima anak dituduh mencuri
Hal ini terjadi seperti beberapa perkongsian yang tular di media sosial apabila seorang wanita melepaskan kemarahan kepada pekerja-pekerja sebuah pasaraya selepas anaknya disyaki mencuri.
@real_life669 Reply to @faizatuliezra part 3 #fyp ♬ original sound – Hanz
Oleh hal itu, dia telah datang menyerang para pekerja di pasaraya tersebut kerana tidak dapat menerima anaknya pulang dalam keadaan menangis.
Buat live nak marah2
Menerusi video yang dikongsi laman Facebook Viral Apa Hari Ini, wanita berkenaan telah membuat live di FB sebelum memarahi pekerja-pekerja yang berada di kaunter dengan lantang.
Lebih teruk lagi, anaknya yang sedang menangis turut membuang-buang barang yang ada di kaunter serta berkata kasar kepada pekerja pasaraya tersebut.
Lebih2 pulak
Insiden itu mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen kerana merasakan tindakan wanita itu sangat berlebihan disebabkan dia langsung tidak mahu mendengar sebarang penjelasan.
Dia juga terus terjerit-jerit memarahi para pekerja sambil melihat viewers di akaun Facebooknya sambil mencabar pekerja supaya membawanya ke balai polis.
Kalau kena marah dekat sekolah ni mak auto datang
Susulan daripada itu, rata-rata netizen merasakan tindakan wanita tersebut agak keterlaluan kerana begitu lantang memarahi orang lain tanpa mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak.
Ada juga sesetengah netizen yang memandang serong dengan mengatakan sudah tahu perilaku yang kurang beradap ditunjukan kanak-kanak itu datangnya dari orang tuanya sendiri.
Tonton:
Berita Lain:
Zizan dan Daiyan Trisha sedang bercinta, peminat restu hubungan..
Dulu isteri ustaz, kini Dr Erin dah berani tayang rambut
Baru nak masuk dewan jawab SPM, jatuh air mata pelajar tengok van jenazah sampai..