UKM umum pelbagai jawatan kosong untuk rakyat Malaysia, ini cara mohon
UKM umum pelbagai jawatan kosong untuk rakyat Malaysia, ini cara mohon smpweb ukm ukm folio smp ukm smp web ukm e kewangan ukm logo ukm portal ewarga ukm dewan gemilang ukm ukm bangi
Pihak Universiti Kebangsaan Malaysia kini membuka peluang kekosongan pelbagai jenis jawatan buat Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi di untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Penawaran pelbagai jawatan adalah dibuka seperti yang diiklankan.
Pelbagai jenis jawatan boleh dimohon dengan kelayakan minima PMR/ SPM/ STPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda. Lepasan sekolah dan graduan yang berminat boleh hantar permohonan secara online sekarang sebelum permohonan ditutup.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan bagi calon yang berminat.
MAKLUMAT JAWATAN
Nama majikan: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Nama jawatan: Pelbagai jawatan
Penempatan: UKM, Bangi
Taraf jawatan: Kontrak/ Sementara/ Tetap
Tarikh tutup permohonan: 20 Mac 2022
SENARAI JAWATAN
Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan:
Guru Bahasa DG41
Juruteknik Komputer FT19
Juruteknologi Pergigian U29
Pegawai Pemulihan Perubatan U41
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41
Pegawai Sains C41
Pegawai Tadbir N41
Pegawai Teknologi Maklumat F41
Pemandu Kenderaan H11
Pembantu Kemahiran H19
Pembantu keselamatan KP19
Pembantu Makmal C19
Pembantu Operasi N11
Pembantu Pembedahan Pergigian U19
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
Pembantu Setiausaha Pejabat N19
Pembantu Tadbir (P/O) N19
Pengawal Keselamatan KP11
Penjaga Jentera Elektrik J19
Penolong Akauntan W29
Penolong Jurutera JA29
Penolong Pegawai Farmasi U29
Penolong Pegawai Penerbitan N29
Penolong Pegawai Pertanian G29
Penolong Pegawai Sains C29
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
Penolong Pengurusan Asrama N29
Penolong Pustakawan S29
Pereka B29
SYARAT KELAYAKAN Calon bagi lantikan mestilah memiliki kelayakan seperti berikut:
Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Memenuhi syarat kelayakan bagi setiap jawatan
Syarat lantikan bagi setiap jawatan boleh disemak di laman berikut:
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat lantikan yang dinyatakan, anda boleh buat permohonan secara atas talian selewat-lewatnya 20 Mac 2022. Permohonan boleh dibuat mealui laman web UKM di pautan berikut:
https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm
Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk Ujian Tapisan Kompetensi Pelantikan Kakitangan UKM dan temuduga. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi:
Unit Perjawatan dan Kenaikan Pangkat
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Aras 1, Bangunan Perpustakaan Lingkungan Ke-2
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
Emel: [email protected]