Berita baik untuk dunia, pemimpin utama Russia dan Ukraine bakal bertemu

Berita baik untuk dunia, pemimpin utama Russia dan Ukraine bakal bertemu peta dunia kisah dunia kelayakan piala dunia 2022 dunia film 21 lk21 dunia kelayakan piala dunia perang dunia pertama berita dunia terkini perang dunia kedua benua di dunia

Berita baik untuk dunia, pemimpin utama Russia dan Ukraine bakal bertemu.Presiden Rusia, Vladimir Putin dijangka semakin hampir untuk mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatnya dari Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, yang dilihat sebagai petanda baik ke arah pelaksanaan gencatan senjata, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Menurut pegawai terlibat dalam rundingan damai Moscow-Kiev, Putin berkemungkinan bertemu dengan Zelenskyy untuk berbincang mengenai syarat-syarat gencatan senjata.

Kerajaan Ukraine percaya bahawa pemimpin Rusia itu mungkin terpaksa menerima kenyataan untuk duduk berbincang dengan Zelenskyy, seterusnya menamatkan peperangan.

Menurut laporan agensi berita Ukraine, Interfax, salah seorang pemimpin yang terlibat dalam rundingan damai, David Arakhamia, memberitahu bahawa draf dokumen perjanjian damai berada pada tahap yang ‘cukup bagus’ bagi membolehkan perbincangan berlangsung antara kedua-dua pemimpin.

Kiev sebelum ini telah menawarkan beberapa komitmen bagi membolehkan Moscow mengakhiri konflik termasuk melupakan hasrat untuk menjadi ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bagi tujuan jaminan keselamatan.

Moscow dikatakan menerima semua syarat Kiev, dengan pengecualian terhadap tuntutannya ke atas Semenanjung Crimea.

Tambah Arakhamia, perbincangan antara kedua-dua delegasi telah berlangsung dengan lancar di Turki, namun pertemuan empat mata antara Putin dan Zelenskyy akan menjadi langkah penting bagi perkembangan seterusnya.

Moscow setakat ini masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai progres rundingan tersebut, namun menyatakan bahawa pertemuan antara kedua-dua pemimpin negara itu akan dilakukan sekiranya semua syarat dipersetujui.

Dalam pada itu, perkembangan itu berlaku selepas tentera Ukraine dilaporkan berjaya menawan kembali keseluruhan wilayah Kiev, lebih lima minggu selepas askar Kremlin menceroboh negara itu.

Meskipun askar Putin gagal menawan kawasan pusat bandar Kiev, namun ia telah menawan beberapa lokasi strategik di sekeliling bandar ibu negara itu sejak serangan bermula.

“Seluruh wilayah Kiev telah bebas daripada penceroboh.

“Mereka meninggalkan banyak mayat orang awam yang tidak bersenjata bergelimpangan di serata tempat,” kata Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Hanna Malyar.

Sementara itu, askar-askar Ukraine yang kembali ke bandar-bandar yang sebelum ini ditawan oleh tentera Rusia disambut oleh orang awam dengan rasa gembira selain pemandangan bangunan-bangunan yang musnah.

Zelenskyy mendakwa bahawa tentera Kremlin telah meninggalkan keadaan yang huru-hara dan kemusnahan dalam kalangan orang awam dengan membiarkan periuk api berada di sekitar rumah-rumah, peralatan ketenteraan yang ditinggalkan dan mayat-mayat bergelimpangan
tONTON :

BACA:

Suami ragui status anak dikandung isteri, sekali ini yang jadi

Rupanya cincin ‘palsu’ ini bernilai RM11.2 Juta

Rahsia cara jaga bateri kereta supaya tidak cepat ‘kong’

COMMENTS

Wordpress (0)