[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Kelakuan Boss Mydin cari telur buat netizen tergelak mydin online mydin near memydin usj ekiosk mydin mydin bukit mertajam mydin seremban 2 mydin meru mydin b2b [/bg_collapse]
JIKA sebelum ini minyak masak peket jadi tumpuan, kini telur pula menjadi rebutan ramai.
Sejak akhir-akhir ini, ramai didapati mengeluh stok telur ayam sukar didapati di pasaran yang berhampiran.
Terkesan situasi itu, pasaraya Mydin tidak terkecuali. Seakan memberi gambaran stok telur terhad kini, menerusi entri di akaun Instagram, pasaraya Mydin memuat naik video Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang menarik perhatian ramai.
Stok telur habis!
@mydinmalaysia Pergi MYDIN nak beli telur, telur habis! 🙃🙃 #AmeerAliMydin #fyp #telur ♬ original sound – Mydin Malaysia
Video berkenaan memaparkan Pengarah Urusan Mydin bersahaja seakan sedang mencari telur dengan berlatar belakang rak telur yang kelihatan kosong.
@mydinmalaysia 100% hasil jualan T-Shirt Ourdin akan disumbangkan kepada mangsa banjir.#fyp #MYDINMalaysia #OURDIN ♬ original sound – Mydin Malaysia
Perkongsian itu disertkan kapsyen ringkas yang memaklumkan bahawa pasar raya itu juga kehabisan stok telur ayam.
“Pergi Mydin nak beli telur, telur habis!”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi komen terhibur dengan gelagat pemilik gedung pasaraya terbesar tanah air.
“Terhibur melihat boss mydin ni..”
BACA JUGA: Iqbal lari malam tadi, pihak Astro cerita sesuatu yang terjadi pada Iqbal
Netizen dedah isteri Remy Ishak rupanya janda anak dua, ini respon tuan badan…
Makin singkat, netizen perasan sesuatu pada dada Hannah Delisha