Miliki konsep sama, ini sejarah persaingan Mcd dan Burger King yang ramai tidak tahu

Miliki konsep sama, ini sejarah persaingan Mcd dan Burger King yang ramai tidak tahu mcd menu menu mcd mcd near me mix and match mcd mcd breakfast menu

 

Sejak awal penubuhan Burger King, syarikat itu seseolah buntu untuk mengatasi Mcdonald’s ataupun Mekdi biarpun pelbagai cara telah digunakan.

Kedua-dua restoran makanan segera tersebut menawarkan menu sama iaitu set burger bersama-sama kentang goreng, air bikarbonat dan milik target pelanggan yang hampir serupa.

Miliki konsep sama, ini sejarah persaingan Mcd dan Burger King yang ramai tidak tahu

Namun, Mekdi tetap unggul di atas manakala Burger King masih tercari-cari sebab mengapa ini semua bisa terjadi.

Lama kelamaan, Burger King menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan makanan daripada Mekdi. Burger King menyedari bahawa kentang goreng Mekdi akan menjadi kejung dan liat apabila dibiarkan terlalu lama dalam suhu bilik.

Buktinya begitu banyak kentang goreng dibazirkan oleh pelanggan ketika mengunjungi Mekdi. Burger King melihat situasi itu sebagai peluang untuk mengatasi Mekdi dalam penghasilan kentang goreng lantas merampas takhta restoran makanan segera nombor 1 dunia.

Dalam masa dua tahun, Burger King telah mengarahkan sejumlah 100 orang untuk menghasilkan resepi kentang goreng baru. Setelah itu, Burger King berjaya menemui resepi terbaik iaitu jejari kentang akan digaulkan dengan tepung ubi untuk mendapatkan tekstur yang rangup.

Walau bagaimanapun kentang goreng dengan resepi baru itu masih belum lagi membuatkan Burger King menjadi pilihan utama pelanggan.

Bagi mengatasi masalah ini, Burger King telah memilih 500 orang pelanggan untuk mencuba kentang goreng baru secara percuma. Kesemua pelanggan menyatakan bahawa mereka lebih menyukai kentang goreng baru ini kerana lebih lazat berbanding Mekdi.

Mekdi dengan tenangnya membalas hampir 9 juta orang membeli kentang goreng daripada mereka pada setiap hari. Jadi 500 pelanggan yang lebih menyukai kentang goreng Burger King tidak akan memberikan kesan kepada hasil jualan Mekdi.

Burger King memberikan respon dengan mengedarkan 15 juta kentang goreng percuma kepada pelanggan setiap hari. Maklum balas yang diterima daripada orang ramai amatlah positif kerana mereka semua sangat menggemari kentang goreng Burger King. Malah pelanggan setia Mcdonald’s turut menyatakan mereka sangat sukakan kentang goreng Burger King kerana teksturnya lebih rangup.

Perkara ini membawa sedikit kepada kebimbangan kepada Mekdi kerana pelanggan setia mereka sudah mula lari ke Burger King.

Untuk melawan strategi Burger King, Mekdi telah menawarkan kentang goreng bersaiz besar secara percuma bagi setiap set yang dibeli. Kentang goreng percuma juga turut ditawarkan secara percuma kepada pelanggan yang membeli sandwic.

Burger King dengan sinis menyatakan tindakan Mekdi itu tidak akan memberikan sebarang kesan kepada mereka. Bahkan hasil jualan Burger King semakin meningkan ekoran daripada penawaran kentang goreng secara percuma.

Mekdi tidak berputus asa lantas melancarkan Big Xtra iaitu burger dengan daging lebih tebal bagi bersaing dengan Whopper milik Burger King.

Namun langit tidak selalunya cerah, Burger King hanya memperolehi kejayaan singkat sahaja dalam peperαngan kentang goreng. Hal ini demikian kerana semakin ramai pelanggan tidak menyukai kentang goreng Burger King atas alasan kelihatan sangat menakutkan. Malah ada pelanggan mengatakan memakan kentang goreng Burger King seperti sedang menelan batang berduri pohon mawar.

Sejak itu, kentang goreng Mekdi kembali menjadi pilihan pelanggan. Burger King pula sedaya umpama memperbaiki resepi kentang gorengnya bagi mengembalikan keyakinan pelanggan tapi masih lagi gagal.

Tonton:

Berita Lain:

Terkejut tahu pengantin perempuan dah tak dara, lelaki ini tuntut kos perkahwinan

Catat sejarah, RXZ pertama ‘start’ motor pakai ‘finger print’ di dunia

Bos Petronas hadiahkan pakej umrah kepada makcik ini, 28 tahun kerja isi minyak

COMMENTS

Wordpress (0)