Penat bawa penumpang sejauh 230KM, sekali ini je rider Gojek terima..

Penat bawa penumpang sejauh 230KM, sekali ini je rider Gojek terima.. Seorang pekerja perkhidmatan teksi motosikal (Gojek) ditipu sebanyak 700,000 rupiah (RM184) selepas pelanggannya melarikan diri sebaik tiba di lokasi yang dituju.

Menurut laporan Tribun News, Mulyono, 56, dari Banyumas Jawa Tengah kecewa dan sedih kerana didakwa ditipu oleh pelanggan dari Terminal Purwokerto yang memintanya menghantar ke Solo.

Mulyono pada awalnya menolak permintaan itu kerana perjalanan ke lokasi itu dari Purwokerto sangat jauh iaitu 230 kilometer. Tetapi, pelanggan itu menjanjikan bayaran lumayan iaitu 700,000 rupiah yang membuatkan dia bersetuju.

Penat bawa penumpang sejauh 230KM, sekali ini je rider Gojek terima..

“Kami bertolak dari terminal jam 2 petang dan tiba di Solo kira-kira jam 7 malam. Perjalanan mengambil masa 5 jam. Sebaik tiba, pelanggan meminta saya menghantarnya di sebuah masjid di daerah Bajarsari.

“Tanpa rasa curiga saya mengikut permintaannya. Dia masuk ke dalam masjid dan selang beberapa minit kemudian seorang lelaki bertanya saya, “buat apa di sini?”

“Saya hanya jawab tunggu pelanggan dan lelaki itu menjawab tiada sesiapa di dalam masjid. Saat itu baru saya sedar, saya ditipu,” katanya.

Jelas Mulyano, pelanggan itu hanya ‘menghadiahkan’ sepasang selipar buruk yang ditinggalkan di masjid.

Kisah Mulyono yang tular di laman sosial mendapat perhatian rakan-rakan Gojek. Mereka kemudian membantunya dengan mengumpul wang supaya Mulyono dapat pulang ke semula Purwokerto.

Berita Lain:

Pengarah terkenal Malaysia nak buat drama mengenai Altantuya, kaitkan ‘Lady Birkin’

Keluarga ini hanya tidur atas tikar di RnR, cerita pengalaman hidup lepas Covid-19

Bentuk Yamaha 135LC generasi baru lebih moden, harga dah ‘cun’

COMMENTS

Wordpress (0)