Tabung Haji gesa tukar akaun dewasa sebelum 1 Mei 2022

Tabung Haji gesa tukar akaun dewasa sebelum 1 Mei 2022. Lembaga Tabung Haji (TH) memberi peringatan akan keperluan bagi para pendeposit TH khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang akaun kanak-kanak di bawah jagaan untuk bertukar status kepada akaun dewasa, sebelum 1 Mei 2022.

Ini kerana akaun di bawah jagaan hanya boleh ditadbir oleh penjaga bagi kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun sahaja.

Tabung Haji gesa tukar akaun dewasa sebelum 1 Mei 2022

Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abd Wahab berkata, pengumuman pelanjutan tempoh pada bulan November lalu adalah untuk memberi peluang kepada pendeposit yang berumur 18 tahun ke atas dan penjaga untuk melakukan proses penukaran status di cawangan-cawangan TH berdekatan.

“TH akan melaksanakan proses pembekuan transaksi pengeluaran sekiranya pendeposit gagal menukar status akaun bermula Isnin, 2 Mei 2022.

 

Tabung Haji gesa tukar akaun dewasa sebelum 1 Mei 2022

“Dalam masa sama status link akaun antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TH menyaran kepada semua ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas untuk datang bersama anak tersebut ke cawangan TH yang berdekatan bagi menukar status akaun kanak-kanak ke akaun dewasa agak tidak timbul kesulitan di masa akan datang.

TH mengambil langkah ini bagi memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut dikemaskini.

TH juga menyarankan semua pendepositnya memastikan akaun TH kekal berstatus aktif untuk terus menikmati manfaat menyimpan di institusi itu termasuk simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, pengecualian cukai pendapatan selain boleh menyertai pelbagai kempen anjuran TH.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun atau sebarang perkhidmatan TH, orang ramai boleh merujuk di laman web rasmi, www.tabunghaji.gov.my atau terus menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-6207 1919.

Berita Lain:

Pengarah terkenal Malaysia nak buat drama mengenai Altantuya, kaitkan ‘Lady Birkin’

Keluarga ini hanya tidur atas tikar di RnR, cerita pengalaman hidup lepas Covid-19

Bentuk Yamaha 135LC generasi baru lebih moden, harga dah ‘cun’

COMMENTS

Wordpress (0)