Terlampau stress dengan isu kecurangan Syamsul, ini dilakukan Puteri Sarah

Terlampau stress dengan isu kecurangan Syamsul, ini dilakukan Puteri Sarah

Terlampau stress dengan isu kecurangan Syamsul, ini dilakukan Puteri Sarah. Sedia maklum, kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah akibat daripada orang ketiga sememangnya mendapat perhatian orang ramai untuk jangka masa yang lama.

Baru-baru ini, setelah sekian lama tiada khabar berita berkaitan hal ini, Sarah kembali bercerita mengenai keadaan dirinya semasa berhadapan dengan masalah tersebut seorang diri dalam satu saluran YouTube ini.

Menurutnya, apabila dia tertekan, anak lelakinya, Syaikul yang ketika itu berumur dua tahun menjadi tempat Sarah melepaskan geram. Biarpun anak tidak mengingati apa yang terjadi tapi, dia sebagai seorang ibu, akan ingat perkara yang dilakukan sampai bila-bila.

Terlampau stress dengan isu kecurangan Syamsul, ini dilakukan Puteri Sarah

Terlampau stress dengan isu kecurangan Syamsul, ini dilakukan Puteri Sarah

Bukan itu saja, malah jika ada sesuatu perkara yang triggered pelakon terbabit, dia akan menjerit pada anak lelakinya biarpun bukan salah anak kecil itu.

Saya tak happy dengan badan saya tapi saya tak boleh nak buat apa sebab self confidence saya sangat rendah. Saya jadi macam tikus, takut nak face the world.

Tambahannya lagi, berat badannya semasa melalui kemelut rumah tangga itu turun hingga cecah 47kg dan berkata ketika itu, bentuk tubuh badannya sangat ‘kering’ hingga membuatkan ibu serta mertuanya risau.

Dalam pada itu, pelakon itu memberitahu hal yang paling membuatkan dirinya sedih apabila hanya dapat menyusukan anak perempuan, Summayah selama enam bulan saja kerana susu tidak dapat keluar akibat terlalu tertekan.

BACA:

Youtuber ini potong rim Bugatti Veyron, harga dekat RM112 ribu

“Kami pun bayar cukai” Penjawat awam tunjuk bukti, kecewa sering dicemuh

Rumah tak siap-siap, pembeli pun ramai dah arwah