Wanita terkejut jumpa ‘chat’ lucah suami dan anak gadis sendiri, hinggalah ini terjadi..

Wanita terkejut jumpa ‘chat’ lucah suami dan anak gadis sendiri, hinggalah ini terjadi.. Polis menahan seorang buruh kampung yang disyaki merogol anak kandung berusia 15 tahun di rumah mereka di Pasir Puteh sekurang-kurangnya seminggu sekali, sejak setahun lalu.

Suspek berusia 49 tahun ditahan semalam (Ahad), susulan ibu mangsa membuat laporan polis selepas membaca perbualan lucah antara dua beranak itu menerusi aplikasi WhatApps pada telefon pintar anaknya, Jumaat lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat berkata, siasatan awal mendapati, suspek dan ibunya bercerai ketika mangsa berusia enam bulan dan selepas berpisah, gadis itu tinggal bersama ibunya.

“Berdasarkan keterangan mangsa, dia dirogol kali pertama tahun lalu ketika sedang tidur di ruang tamu rumah bapanya. Selepas itu, mereka semakin membuat hubungan seks sehingga sekali seminggu.

“Lama kelamaan, mangsa ketagih mahu melakukannya.

Wanita terkejut jumpa 'chat' lucah suami dan anak gadis sendiri, hinggalah ini terjadi..

Kali terakhir lelaki itu merogol mangsa pada Khamis lalu dan mangsa turut mengaku mereka sudah melakukan perhubungan itu lebih 10 kali,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Sumbangan Kepada Warga Asnaf Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, berdasarkan keterangan mangsa, suspek mengambil mangsa di rumah pada waktu malam secara senyap-senyap semasa ibunya sedang tidur dan menghantar mangsa pulang sebelum pagi.

“Susulan pengakuan mangsa, dia telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini bagi menjalani pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada bahagian kemaluan.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan rogol dan sumbang mahram,” katanya.

TONTON :

BACA:

Penting! Cara cek bayaran BKM masuk akaun bank sendiri atau pasangan

Peminat teruja Mira Filzah dah nak bersalin, ini keadaan terkini pelakon itu

Kecoh pekerja bengkel ‘lenjan’ kereta pelanggan hingga enjin rosak

COMMENTS

Wordpress (0)